Sabtu, 21 April 2012

Seminar a.ka. Kelas

| Sekadar gambar hiasan |

Hari ini aku ada seminar a.k.a kelas.

Sejak semester lepas sebenarnya aku baru mengikuti mod pengajian ePJJ. Sebelum ni aku ambil Pengajian Luar Kampus ( PLK ). Bezanya kelas / seminar ePJJ ni dibuat sebulan sekali dan disebabkan itu juga ianya mengkehendaki disiplin yang amat tinggi bagi memastikan setiap pelajarnya tidak leka dengan pengajian masing - masing. Semester ini aku ambil 4 subjek. 3 ada final exam dan satu lagi hanya penilaian dalam kelas.

Ini salah satu cabaran buat aku. InsaAllah usaha kecil ini akan dipermudahkan olehNya. 

...to be continue

Tiada ulasan: