Rabu, 25 April 2012

TUNGGU PUNYA TUNGGU...


Berbaris depan ATM sudah menjadi perkara biasa. Tapi kalau sudah terlalu lama berbaris menunggu orang sama didepan mesin nda pandai siap - siap. Lenguh juga rasanya.

Mungkin ada juga yang tension dan marah. Mungkin.

Tadi masa aku berurusan di bank keadaan itu berlaku. Dalam kes ini aku menamakan orang itu 'si A' sebab memang aku nda kenal dia. Gelaran si A ini saja bagi memudahkan kalian memahami jalan ceritanya. Aha.

Mulanya hanya si A dan aku saja yang berbaris. Jadi kiranya selepas si A adalah giliranku. Tapi tunggu punya tunggu urusannya si A masih lagi belum selesai. Orang pula makin ramai. Banyak duit dia kena bank in. Apa yang bermain difikiran ku ketika itu adalah ini:-

Option 1 : Pindah ke mesin Cash Depo sebelah & berbaris semula. Masa itu aku orang ke - 3.

Option 2 : Tunggu saja sampai si A habis

Tapi sebelum aku buat keputusan. Aku sebenarnya dihantui oleh gambar diatas yang bermain - main difikiranku. Macamana sekiranya, aku pegi mesin sebelah. Ngam² masa tu pula si A sudah selesai urusannya.

Makin lambatlah aku menunggu disebabkan aku kena berbaris semula. Sedangkan kalau aku tunggu sikit saja lagi dibelakang si A mungkin urusan ku ada cepat sikit dari menunggu lagi lama. Tapi itu pun belum tentu.

Aku ambil option yang pertama. Dan ternyata "betul" instinct ku atau mungkin secara kebetulan si A selesai berurusan di mesin tersebut. Nasib baiklah pada ketika itu orang yang dibelakangku bagi aku peluang untuk berurusan dulu sebaik saja si A berlalu.

Pengajarannya adalah. Kita fikirlah sendiri. aha.

Tiada ulasan: