Rabu, 9 Mei 2012

CERITA BULAN FEBRUARI KU - PART 01

Masih segar dalam ingatan aku. Meskipun, sudah hampir dua bulan berlalu. 

Masa itu aku tengah sibuk menguruskan Aktiviti Karnival Kolej. Pertandingan akhir Golden Voice Of UiTM & Pertandingan Kugiran 60'an yang dijadulkan pada 18 Februari 2012.

Malam sebelum hari pertandingan, Jawatankuasa terlibat sudah bertungkus lumus membuat persiapan pentas. Aku plan, malam itu sekurang - kurangnya 80 - 90 % persiapan mesti siap dibuat. Terima kasih pada semua AJK Blok & JPK yang bersusah payah membantu aku dan PPP lain dalam membuat persiapan setiap program yang dianjurkan sepanjang Karnival. 

Adik aku mesej. Bapa aku dimasukkan di hospital Beluran.


Aku mula resah. Jauh disudut hatiku berdoa. Semoga keadaan bapaku akan cepat sembuh. Dalam sibuk aku cuba juga untuk mengetahui perkembangan kesihatan bapaku. Aku mau pulang kampung tapi kebetulan adik lelaki aku pula mengambil peperiksaan di Beaufort . Jika tiada aral melintang kami akan balik kampung hari selasa.

18 Februari 2012 : Lebih kurang jam 3 petang. Kami balik Sandakan. Hal kecemasan. Adik aku mesej, bapa aku ditransfer ke wad ICU. Sebelum bertolak, aku sempat berjumpa dengan AJK bertugas sebab pertandingan akhir diadakan pada malam tu. Aku sebenarnya bertuah dan rasa bersyukur sebab sebahagian dari AJK memang berpengalaman dan aku yakin mereka boleh mengendalikan.


Dalam perjalanan, mulutku kumat kamit membaca doa memohon semoga kami dipermudahkan didalam perjalanan dan selamat sampai ke Sandakan. 

Teratak Kaffali
Hospital Duchess Of Kent Sandakan

Hari Jumaat | 17 Februari 2012, bapa ku dimasukkan di wad pesakit lelaki biasa di Hospital Sandakan. Namun melihat kepada keadaannya yang tidak sedarkan diri. Bapaku dipindahkan ke ICU.

Kami singgah makan dan berehat sekejap di Pekan Telupid. Disitu aku berkesempatan bercakap dengan mamaku melalui telefon. Kedengaran suara mamaku yang gelisah. Aku faham perasaannya.

Hari semakin gelap. Perjalanan diteruskan. Keadaan jalan di Telupid ke Sandakan banyak yang berlubang.


Aku cuba perlahankan kenderaan. Lubang besar dan dalam. Seingat aku ada 4 kali aku terlanggar lubang. Tidak sempat dielak. Tuhan saja yang tahu perasaanku ketika itu. Gerigitan pun ada. Tapi sabar sajalah. Mudah²an tiada apa - apa yang berlaku.


Alhamdulillah, kami melepasi simpang Beluran dan Check Point ( Batu 32 ). Tiba - tiba aku rasa kereta ku semakin berat. Di kawasan bus stop Gum Gum kami berhenti untuk periksa kenderaan. Adik aku turun dan periksa tayar. Dah lah kawasan bus stop gelap. Lampu jalan ada tapi bukan di kawasan kami berhenti.  Nak berhenti dibawah lampu jalan, keadaan bahu jalan pula tidak mengizinkan. Sempit dan merbahaya kerana kenderaan yang lalu lalang laju laju belaka.

Adik aku bagi tau tayar pancit. Bukan satu tapi kedua - dua tayar depan pancit.

'Ya Allah' suaraku perlahan sambil menghela nafas. Tayar spare hanya ada satu biji saja.

Adik aku cuba cari pembuka tayar. Puas diselongkarnya bonet belakang.

" Tiada pembuka tayar ni..." kedengaran suara adik aku dari belakang kereta.
"hah! ...sapa pula yang ambil...?" soalku
" nda tau" jawab adikku ringkas.

"ok ko tenang kaffali" bisik hati kecilku. Aku cuba berfikiran positif dalam menangani situasi ini. Sambil aku memerhati keadaan sekeliling. Nak tahan kereta. Mana mungkin mereka akan berhenti. Nak pegi rumah orang yang ada kereta pinjam jek dan pembuka tayar. Rumah tu ada, tapi semuanya sudah tidur gamaknya.

'..mengkali tertinggal kali di kampung...sebab durang kan suka betukang - tukang. Lupa kali durang simpan balik' aku bersuara memecah kesunyian. Adik aku diam, sambil memasukkan semula barang - barang yang dikeluarkannya dari bonet kereta.

Hujan renyai² mula turun.

Kebetulan kami berhenti berhampiran dengan Masjid Gum Gum. Kelihatan ada orang dikawasan masjid. Anak - anak belia sedang berlatih kompang. Ada sesorang baru saja keluar dari sebuah kereta proton yang parking di perkarangan masjid. Kami ambil keputusan untuk pergi kesana. Dengan keadaan tayar depan yang tidak mengizinkan. Aku pandu perlahan.

Kelibat pemuda tadi yang meninggalkan keretanya tidak kelihatan. Mungkin orang kampung yang tumpang parking kereta di kawasan masjid. Ada pun seorang lagi tapi sedang tidur. Mustahil pula dia.

Handphone aku pula habis bateri. Sabar.

Aku cuba menenangkan diri. Aku yakin ini semua ujian dari Allah. Namun jauh disudut hatiku berdoa semoga kami dipermudahkan. Tanpa segan silu, aku tumpang men'cas' HP di Masjid.

Nasib baik handphone adik aku OK. Aku suruh dia call cousin aku.

"cuba call si Jalikah...Abang Jaman kah"
"Tiada nombor durang sama aku" balas adikku.
" Cuba call durang si nana, si anong ka...mana tau durang ada nombor durang si Jali" sampuk lagi.

Aku diam seketika. Duduk di anak - anak tangga Masjid memandang kerarah keretaku.

'ujian...ujian' bisik hati kecilku.

Adik aku sibuk menelefon. Kebetulan dua adik perempuan aku berada di rumah makcik aku di Karamunting. Tidur sana, sebab keadaan tidak mengizinkan mereka untuk bermalam di Hospital. Hanya dua orang lagi adik perempuan aku yang berada di Hospital bersama - sama dengan mamaku.

Syukur alhamdulillah. Dapat juga kami hubungi mereka. Sedikit gembira sebab masalah ini akan selesai.

Hampir sejam kemudian, Abang Jaman sampai dengan kereta Saga putih. Alhamdulillah.

Sambil durang membuat kerja - kerja penggantian tayar. Sambil tu juga kami bersembang pasal keadaan bapaku. Abang Jaman bagi tau serba sedikit keadaan beliauku sebab dia ada pegi ziarah sebelum ni.

Perbualan terhenti seketika. Adik aku bagi tau tayar spare Abang Jaman tidak ngam ( tak muat ). Saiz tayar kecil. Satu lagi masalah timbul.

Situasi malam itu benar - benar menguji kesabaran ku. Sabar. Hanya itu saja yang aku termampu.

Lebih kurang 45 minit kemudian selepas Abang Jaman sampai, Jali cousin aku muncul. Budak - budak yang berlatih kompang pun bepulangan ke rumah masing - masing. Sudah lewat malam.

Jali bawa sebiji tayar yang dipinjam dari kawannya. Adik aku pasang. Ngam. Alhamdulillah.

Sedikit kelegaan kurasakan.

Tapi kelegaan itu tidak lama. Tayar yang dibawa pula guna L & Key. Maknanya nat tayar biasa yang aku guna tak boleh digunakan. Satu lagi masalah timbul.

Sepupu aku pun nda perasaan tayar tu guna L & Key. Jam dah nak hampir pukul 11 malam. Kami belum sampai ke Hospital. Tersadai seketika di masjid Gum Gum. Aku buntu.

Jali berusaha menghubungi kawannya yang tinggal berdekat dengan kawasan Gum Gum. Telefon tidak berjawap. Maknanya kena cari alternatif lain.

"nah ! nasib mu" tiba - tiba Abang Jaman bersuara.
"kenapa bang" aku datang menghampiri dia yang sibuk mencari nat L & Key di bonet keretanya.
" nasib ada...kalau nda terpaksa tinggallah keretamu dulu di masjid nie" sambil menunjukkan kearahku 4 biji nat yang dimaksudkan.
" ini pun nasib baik aku pungut - pungut time durang kawan aku betukang tayar hari tu" jelas Abang Jaman  lagi.

'ngam² 4 biji nat...syukur alhamdulillah' bisik hati kecilku.

Malam itu benar - benar menguji kesabaran kami. Namun syukur alhamdulillah. Mungkin ada hikmah yang terselindung disebaliknya. Hanya DIA yang maha mengetahui.

Ada sebab kenapa pada malam itu dua² sepupu aku datang. Kalau seorang saja datang memang masalah kami malam tu tidak dapat diselesaikan.

Terima kasih kepada sepupu aku Abang Jaman dan Adik iparnya yang membantu pada malam itu. Pada sepupu aku Jali yang juga datang membantu pada malam itu. Pada adik aku yang bertungkus lumus membuka dan memasang tayar.

Alhamdulillah selesai urusan kami disana. Kami tinggalkan Masjid Gum Gum dan meneruskan perjalanan.  Jali balik terus ke rumahnya sementara kami dengan Abang Jaman singgah sekejap di Hospital Sandakan.

Tengah malam. Kami menjejakkan kami di Hospital Sandakan. Kelihatan saudara mara pesakit termasuk adik - adik aku bergelimpangan di luar wad ICU. Keadaan itu benar - benar membuatkan aku terkilan. Terima kasih aku titipkan buat adik -adik dan juga buat mamaku atas pengorbanan yang mereka lakukan.

Teratak Kaffali
ICU

Dari pintu bilik yang berkaca. Aku mengintai kedalamnya. Tiada apa yang kelihatan.

"Pa kami sudah sampai" bisik hati kecilku.

Semoga Allah mempermudahkan urusan, meringankan beban kesakitan yang ditanggung oleh bapaku ketika itu. Amin.

...to be continue

Tiada ulasan: