Rabu, 9 Mei 2012

CERITA BULAN FEBRUARI KU - PART 2

" Kamu tau kah...ni aku cerita sama kamu" adik ku Nana memulakan ceritanya.

Ini yang best kalau adik beradik satu keluarga dapat duduk berkumpul. Aku paling suka. Rasa seronok sangat.

Kami masih menunggu cerita seterusnya.


"Hari tu, aku pegi bandar dan biasanya aku selalu kasih duit sama orang - orang yang minta duit ni kalau aku terjumpa durang di jalanan...sebab niatku supaya bapa cepat sembuh"

Kami tekun mendengar.

"Kenapa pula...satu hari tu, ngam² aku berjalan tu ada makcik tu didepanku. Aku kasih sajalah bah duit...terus aku jalan saja. Kedengaranku makcik tu bercakap. 

"Nak, mudah²an sihat bapamu"

"punya aku terkejut...sebab macamana dia tau bapa sakit. nda kamu hairan ka tu?"

sambungnya lagi...


"lagipun makcik tu bukan yang selalu minta sedekah di bandar tu. Pertama kalilah aku jumpa makcik tu. Kalau yang selalu aku bagi tu, ingat juga aku muka durang"

" sekali aku tengok balik ndada sudah makcik tu...start dari sanalah tu bapa mula berselera makan...hari - hari lah dia kesian minta beli ikan bakar. Itulah tu aku pegi bandar setiap petang tu...sebab membelikan dulu aku bapa ikan bakar tu..baru aku pegi hospital" jelas adik ku lagi yang rutin hariannya akan pulang ke sim sim tempat pakcik aku pada sebelah pagi dan petang akan bergerak ke Hospital untuk menjaga bapaku. Masa ini bapaku di tahan buat pertama kalinya di Hospital Sandakan tahun lalu.


"sampai jururawat tu pun menegur...uina! makan besar kamu ni" sambung adik ku sambil ketawa.

Patutlah masa bapaku kena transfer di Hospital KK mesti dia minta belikan ikan bakar. Destinasi kami membeli ikan bakar di Pekan Menggatal.

Apapaun, semua ini ada hikmah disebaliknya. Besar fadhilat jika kita selalu bersedekah.

Syukur jua padaNya atas bantuan yang diberikan kepada kami sekeluarga.

Tiada ulasan: