Jumaat, 25 Mei 2012

CHECK LIST 23 MEI 2012

Teratak Kaffali
Teruk sudah keadaan ekzoz keretaku.

23 Mei 2012 : Memang aku sudah plan untuk pegi ke bengkel kereta. Checklist untuk hari itu.

1. Beli minyak pelincir CNI di KKIP
2. Servis kereta
3. Tukar ekzos kereta
4. Check aircond

Isi borang keluar atas urusan peribadi. 10.30 aku gerak keluar bersam - sama dengan Ahmad Ghazali. Aku minta dia temankan aku untuk berurusan hari itu. 

Sebelum berjalan, aku berdoa dalam hati semoga urusan ku dipermudahkan. 

Alhamdulillah. Urusan pertama selesai. Dan seterusnya misi kami mencari kedai part kereta yang jual ekzos di sekitar kawasan Inanam. Sesampainya di kedai yang dituju. Kami sedikit kecewa sebab tak ada ekzoz.  kami cuba meminta bantuan pada kawan - kawan ( staf ) di Depoh. Jali menghantar SMS pada mereka.

Sebelum kami meninggalkan kawasan berkenaan. Aku terjumpa dengan kawan lama. Allah mempertemukan aku dengan dia. Sembang punya sembang, rupanya dia pun baru ganti ekzoz keretanya pada pagi itu. Aku siap tanya berapa harga + upah sebagai persediaan mana tau nanti aku diberikan harga yang berbeza. Murah dibagi senanglah hati kalau mahal terpaksa cari kedai lain. 

Dengan sedikit direction dan nama kedai yang diberikannya. Kami mula mencari lokasi kedai berkenaan. Mujur aku biasa dengan jalan di pekan Inanam dan senang sikit kerja nak mencari.

SMS seorang rakan pada Jali juga menyatakan kedai yang sama. Clue yang diberikan Belakang SHELL. Alhamdulillah kami jumpa juga kedai yang dimaksudkan. Harga pun sama seperti yang mereka berikan  pada kawan aku tadi tu. 

Syukur alhamdulillah. Allah mempermudahkan sekali lagi urusanku. Ada sebab kenapa aku dipertemukan dengan kawan lamaku. Dia menjawab persoalanku.

Memandangkan ekzoz kereta aku memang dalam keadaan yang teruk dan perlu untuk diganti. Aku bersetuju. Mereka pun mulalah membuat  kerja - kerja penggantian.

Kerjanya nampak mudah. Tapi sedikit sukar. Nasib baik juga abang yang buat tu mahir.


Teratak Kaffali

Teratak Kaffali

Teratak Kaffali

Teratak Kaffali

Abang ni tengah memotong bahagian hujung ekzoz tu sebab mau dipasang balik pada ekzos yang baru. Dapat ilmu baru aku hari tu sebab aku ingatkan benda tu akan terus dibuang. 

Teratak Kaffali
Nama kedai tempat aku tukar ekzoz :  Fast Fit 

Teratak Kaffali


Teratak Kaffali
Eksoz baru sudah siap dipasang

Teratak Kaffali
Bagusnya abang ni sebab dia tolong pasangkan dan adjust balik batang ekzoz . Mungkin disebabkan aku kemalangan hari tu

Teratak Kaffali

Teratak Kaffali

Teratak Kaffali
Sedih pula...aha. Setelah sekian lama ekzoz ni berkhidmat akhirnya dia ditinggalkan disitu.

Selesai buat ekzos. Bunyi keretaku berubah. Lain pula rasanya. Sebelum ni bunyi keretaku bising dan boleh dikategorikan menggangu ketenteraman awam. hehe. Tidak sudah selepas tukar ekzoz baru.

Dari fast Fit kami ke DENSO tempat buat aircond.

Teratak Kaffali

2 orang pekerja DENSO yang sedang membuat pemeriksaan aircond keretaku

Teratak Kaffali

Alat yang digunakan. Aku hanya mampu melihat. Cepat dan memang berbaloilah aku pegi sana. Alhamdulillah. Aircond keretaku kini telah kembali beroperasi seperti biasa.

Teratak Kaffali

Ini yang terakhir. Sampai saja di tiada customer abang ni. Alhamdulillah, sebab aku tak perlu tunggu lama.


Selesai semua urusan aku hari itu. Syukur alhamdulillah kerana aku dipermudahkan dalam menyelesaikan semua checklist aku hari itu.

Tiada ulasan: