Khamis, 3 Mei 2012

MAJLIS ISTIADAT DAN HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK

TERATAK KAFFALI
Majlis Istiadat Dan Hari Kecemerlangan Akademik
3 Mei 2012 | Dewan Serbaguna UiTM Cawangan Sabah
Hari ini aku bertugas sebagai emcee sempena Majlis Istiadat Dan Hari Kecemerlangan Akademik Ijazah Sarjana Muda UiTM Sabah 2012 bertempat di Dewan Serbaguna UiTM Sabah.

Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua pelajar Ijazah yang telah merai kejayaan dalam keputusan peperiksaan mereka baru - baru ini. Antaranya, Anugerah Pelajar Terbaik, Anugerah Dekan & Anugerah Pelajar 3.00 keatas.

Terdapat juga Anugerah yang disampaikan mengikuti Program masing - masing iaitu Anugerah Tokoh Akademik, Anugerah Tokoh Kepimpinan & Anugerah Tokoh Sukan.

Kemuncaknya adalah Anugerah Piala Rektor yang telah diberikan kepada Fakulti Perakunan dan Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang diberikan kepada Saudari Izzah Izyan Bin Jaafaruddin.


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima anugerah pada Majlis Istiadat ini. Bagi yang tidak menerima apa - apa anugerah. Anggaplah ini sebagai satu kejayaan yang tertangguh.

Terima kasih juga kepada penganjur atas kepercayaan yang diberikan untuk aku menjadi emcee pada tahun ini. Maaf juga buat semua sebab aku akui memang ada yang tersalah sebut nama. Berbelit² lidah aku menyebut nama mereka.

Majlis ini juga salah satunya bertujuan untuk persediaan sekiranya Konvokesyen dibuat di Kampus ini. Bersedia atau tidak. Ianya tetap akan datang juga.

Tiada ulasan: