Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU


Buat semua Guru - Guru dimana jua kalilan berada.

Tidak dilupakan juga pada Para pensyarah

Terima kasih banyak - banyak buat cikgu - cikgu yang pernah mengajar aku di Tadika Beluran, Sk Kolapis , SMK Beluran dan UiTM

Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga semua Cikgu - cikgu diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dirahmati olehNya. Amin.

Rindu. Bila terkenangkan saat

berhimpun awal pagi setiap hari satu ( Isnin )

Bila ketua kelas/ ketua darjah berdiri dan berikan ucapan salam

"kelas berdiri...selamat pagi cikgu" suara solo ketua kelas

"selamat pagi cikgu" diikuti oleh suara ramai murid - murid yang lain.

Bila cikgu habis mengajar. Sekali lagi peranan ketua darjah.

"kelas berdiri...terima kasih cikgu" kedengaran vokal ketua darjah

" Terima kasih Cikgu..."

Banyak lagi memori terindah bila terkenang zaman sekolah.

Kena denda. Berdiri atas meja. Kena pukul kuku pakai pembaris kayu yang besar dan panjang. Kena cubit dan bermacam - macam lagi.

Apapun, semua itu adalah proses pembelajaran dalam kehidupan. Terima kasih sekali lagi pada semua guru - guru termasuk kedua ibubapa ku kerana mereka juga adalah cikgu dalam hidupku.

Tiada ulasan: