Rabu, 26 September 2012

APA INI? : 01

Belum pun jam 7 pagi. Aku sudah berada di Pekan Beluran.

Tujuanku ke mesin ATM BSN.

Sunyi dan keadaan pagi yang amat segar. Aku berdiri tercegat dipenjuru kedai emas berdepan dengan BSN. Mataku memerhati kawasan disitu. Dan aku tertumpu pada kedai lama yang diberikan wajah baru selepas kejadian kebakaran tidak lama dulu.

Hatiku terdetik. 'Alangkah bagusnya kalau aku dapat kedai disitu' sambil melihat pintu kedai yang menjadi idamanku. Beberapa hari sebelum itu, aku pernah bagi tau adik aku kalau dapat kedai dikawasan tersebut biarlah kedai no 3 sambil menunjukkan pintu kedai. 

Alhamdulillah tarikh 24 Ogos 2012 bersamaan dengan 6 Syawal 1433 dan pada Jumaat hasrat aku tertunai dengan termetrainya persetujuan menyewa di kedai itu.





Masa buat lawatan ke kedai



Semoga dipermudahkan.

...bersambung pada entri akan datang. ^^


1 ulasan:

ajampeace berkata...

kedai apa ni?