Rabu, 25 Disember 2013

PERTEMUAN YANG TIDAK DIRENCANA

Siapa sangka laluan yang dahulunya sering aku lalui ketika menghantar adik aku ke tempatnya praktikal. Akhirnya aku jejaki jua. Pernah terlintas difikiranku untuk singgah meninjau kawasan itu dan tanpa sedari aku hari itu aku memasuki kawasan itu.

Semuanya berlaku tanpa direncana.

Aku suka melihat tempat orang. Aku suka melihat suasana di kampung orang. Cuma pada masa itu tidak menyebelahi aku sebab aku datang pada sebelah malam.

Adat bertandang ke tempat orang.

Aku sempat berpesan. Jangan bagi tahu siapa aku.

Sampai sahaja di perkarangan rumah. Kelihatan ada bapa dan adik perempuannya sedang duduk di bawah rumah sedang bermain soduku. Akrab. Itu yang dapat aku simpulkan diawal pengamatanku.


Aku dipelawa duduk.

"...kita staf bah kan? sapa bapanya selepas saja kami bersalaman.
"iya" ...jawab ku ringkas. Alamak. Niat aku untuk tidak mendedahkan identiti sebenar tidak menjadi.
" Penolong Pengurus Asrama bah kan kita? sekali lagi soalan yang spesifik terus ditujukannya kepada ku.
"Iya" jawab ku sekali lagi.

Dalam hati ku berkata. "macam mana pakcik ni tahu aku keja sebagai apa..."

Selepas sahaja dua soalan itu. Pakcik tanya aku asal dari mana...dan selepas itu kami bercerita panjang seolah - olah kami sudah kenal lama. Satu - satu cerita tentang anak dia diceritakan kepadaku. Aku tekun mendengarnya. Tapi masa yang ada terlalu singkat untuk kami duduk sembang bersama.

Harapannya untuk melihat anak - anaknya berjaya terlalu besar. Semoga dipermudahkan.

Bagi ku pertemuan itu adalah pertemuan yang tidak direncana. Aku berharap akan bertemu semula.

Tiada ulasan: