Isnin, 30 Disember 2013

RONDA - RONDA HARI INI


Hari ini plan mau pegi tengok wayang dengan Hafifi. Kebetulan juga ini adalah minggu terakhir dia ada di KK sebelum bertolak ke KL pada 1 Januari 2014 sebab menjalani kursus di Tabung Haji selama 3 bulan.

Janji selepas asar.

Alhamdulillah, cuaca juga amat baik meskipun pada awalnya hujan renyai - renyai mulai membasahi bumi.

Show time 7.10 malam di Suria Sabah. Memandangkan kami datang awal...jadi ada masa lagi untuk meronda pusing - pusing.

Singgah minum petang sambil makan rojak buah di food court Suria Sabah.

Lepas saja habis tengok wayang. Kami singgah makan malam di Restoran yang kebiasaanya dikunjungi bila waktu malam Restoran Taufik di Bandaran. Memang aku sudah plan kalau boleh tengok movie awal sikit jadi boleh balik awal sebab esok adalah hari bekerja. Lainlah kalau hujung minggu. 

Rasa puas hati juga sebab movie yang kami tengok tu memang berbaloi untuk ditonton dan tersangatlah best. Puas hati.

Misi untuk hari ini terlaksana. Hantar Hafifi balik rumah.

Semoga dia ( Hafifi ) dipermudahkan urusannya disana. Amin.




Tiada ulasan: