Selasa, 3 Disember 2013

Setakat Rice Cooker

Aku terpandang rice cooker dibawah meja

Tidak terpakai. Dibiar begitu sahaja.

Aku teringat pada rice cooker yang pernah aku belikan buat keluarga ku di kampung. Aku belikan bagi menggantikan periuk nasi yang telah lama kami gunakan. Seingat aku periuk itu kami gunakan sejak aku masih kecil lagi.

Lagi pun..rice cooker baru itu akan memudahkan mama dan adik perempuanku untuk memasak nasi. 

Kebetulan ada cuti hari tu. Aku pulang bercuti di kampung.

Masa untuk makan. Aku melihat nasi masih lagi ditanak diperiuk nasi yang lama. 

"Mana rice cooker yang aku beli hari tu?"

..mama simpan. jawab salah seorang dari adik perempuanku.

"aik...kenapa tidak diguna"

Takut rosak. Sampuk adikku lagi.

Aku faham. Apapun pemberian si anak kepada kedua orang tuanya jika boleh hendak saja disimpan kerana bukan 'nilai barang' yang menjadi ukurannya tapi pemberian itu yang cukup bermakna.

Bila aku melihat periuk nasi kami yang lama.

Bolehkah aku menghitung berapa harganya.


Tiada ulasan: