Isnin, 30 Disember 2013

" You'll miss me when I'm gone" - part 1


Aku melihat ke luar jendela. Tiada yang mampu dilihat kecuali cahaya lampu jalan.

Tiada apa juga yang aku lakukan melainkan melayan Facebook, whatsapp dan sesekali wechat.

Aku saja membuang masa supaya aku lebih cepat mengantuk. 

HP langsung tidak berbunyi sejak siang tadi. Dia langsung tidak sms. Aku juga tidak mengharapkan untuk dia menghantar mesej kerana yang jelas dia tidak akan pernah berbuat begitu kecuali ada sebab - sebab tertentu atau aku sms dia terlebih dahulu.

Fikiran  ku melayang. Perasaanku pada malam itu sedikit terganggu. Bukan sebab dia tidak sms aku. Tapi aku pun tidak tahu apa puncanya. Berkecamuk perasaanku dan fikiranku.

Aku cuba melenyapkan perasaan itu. Hilang sekejap sahaja dan kemudian perasaan itu menghantuiku semula. Saat dan detik beginilah yang paling aku tidak suka. arggghhh !

Aku mula terfikir.

'...mungkin dia masih marah dengan apa yang aku cakapkan padanya semalam.'...Bisik hati kecilku.

Aku baca semula mesej - mesej yang dihantarnya. Cuba untuk memahaminya. Dan aku juga cuba baca semula apa mesej yang telah aku hantarkan padanya. Setahu aku tiada satu pun mesej yang bahasanya kesat  yang aku hantar padanya sehingga dia marah demikian rupa.
" Di rumah sudah nie, maaflah kalau menguris perasaan ...hanya gara - gara sms terus delete & remove segalanyalah...? "
Panjang lagi sebenarnya mesej terakhir yang aku terima darinya semalam. Mesej ini aku baca berulangkali.

Cuma ayat terakhir dari mesej itu membuatkan hatiku begitu betul - betul tersentuh. 

" You'll miss me when I'm gone"

Aku pejamkan mata seketika. Kenapa dia cakap begitu. Terasa berat dibenak fikiran ku. Oleh kerana aku terlalu keletihan. Aku terlena.



Pagi itu aku merasakan terlalu berbeza dari pagi - pagi sebelumnya.

Ku lihat HP. Masih tiada sms. 

Berlarutan sehingga ke tengahari. Banyak sms yang aku hantar. Mesej untuk menjelaskan perkara yang mungkin telah membuatkan dia terasa hati dengan apa yang aku perkatakan pada mesej yang aku hantar sebelum ini.

Hampa sehingga ke malam. Semua mesej tidak berbalas. Aku menjadi semakin resah. Fikiranku bertambah menjadi tidak keruan. 

Sejak dari tengahari itu aku cuba menghubungi telefon bimbitnya. Sedangkan mesej tidak berbalas inikan pula panggilan telefon.Tapi itu sikit pun tidak mematahkan semangatku. Aku tidak berputus asa.
" Mungkin dia sibuk agaknya " aku cuba memujuk hatiku sendiri.
Aku menarik nafas sedalam - sedalamnya. Perasaan ini yang aku benci sebenarnya.

Aku cuba sekali lagi meghubungi semula. Aku berdebar. Tidak pernah aku merasa begini. Sedangkan selama ini bila aku hubungi dia biasa saja ku rasa.

Jauh disudut hatiku berdoa agar dia menjawab panggilan telefon ku kali ini.

" Ya ALLAH permudahkan..." getus hati kecilku.


....BERSAMBUNG.

Tiada ulasan: