Khamis, 18 Januari 2018

MOGA TERUS ISTIQOMAH

Cerita kemarin - 17 Januari 2018

Alhamdulillah. Allah izinkan aku untuk solat subuh berjemaah di surau kolej Manukan.

Semoga Allah mempermudahkan aku untuk terus istiqomah solat berjemaah di rumahNya. In sya Allah. Aamin.

Selesai solat subuh. Ada bacaan hadis yang merupakan kelaziman dilakukan disurau kecil ini. Begitu juga selepas waktu isyak. Alhamdulillah. Peringatan yang amat baik buat diri sendiri bila kita diperdengarkan dengan bacaan hadis hadis ini.

Semoga apa yang didengar daripada bacaan hadis itu juga mampu untuk aku lakukan dengan izin Allah.

Secara peribadi. Jauh disudut hati. Aku menanam satu hajat / impian atau hasrat yang amat besar untuk tahun ini dan semoga dipermudahkan untuk tahun - tahun yang akan datang. Antaranya membaca Al quran setiap hari selepas usai melakukan solat fardhu. Start semula puasa sunat isnin dan khamis seperti tahun - tahun sebelum ini...atau dalam erti kata lain ingin belajar ilmu tentang agama.

Sedih kerana banyak kekhilafan pada diri ini. Aku lalai selama ini. Namun aku bersyukur kerana Allah begitu pemurah lagi penyayang.

Terlalu banyak benda yang aku nak perbaiki. Memang banyak. Semoga Allah mempermudahkan usahaku ini.

In sya Allah. Amin.

Tiada ulasan: