Rabu, 24 Januari 2018

SATU - SATU PULANG




Alhamdulillah, sempat juga luangkan masa dengan durang. Memandangkan semua durang akan balik ke rumah masing - masing hari ini.

Awana, Nazri, Bobby dan Adi ( dalam gambar ) mereka semua dari pre com Tawau, ada lagi ahli mereka ni sebenarnya tapi mereka teda dalam gambar sebab memang mereka tiada sama sama kami sarapan tadi. hehe. Azeem & Amir.

Masa yang diluangkan di meja tu nda terasa. Banyak cerita throw back masa durang di UiTM Tawau. Bila durang cerita masa MH370 tu, masa tu juga sedang hangat isu kekecohan pencerobohan di Lahad Datu tu. Ada kisah juga sesebalik cerita MH370 tu sebenarnya. Jadi sedikit sebanyak mereka pun risau dan takut. Part yang tu aku nda kasih cerita sini. Kesian Mr Presiden JPK masa tu...nda pasal² kena mengadap jiran sebelah tu. haha.

Cuma aku sedikit terkejut masa kejadian MH370 tu rupanya masa tu mereka di Kampus Tawau dan aku pula menyangkakan mereka sudah berada di Kampus KK. Ya Allah pantasnya masa tu berlalu. Nda terasa. Serius.

Jujur aku bangga dengan durang semua ni. Aku kagum dengan semangat mereka sebenarnya. Aku doakan semoga kejayaan sentiasa mengiringi mereka walau dimana juga mereka berada.

Awana dan Bobby akan balik pagi ini. Naz dan Adi akan balik petang nanti.

Satu - satu pulang. 

Yang tinggal aku.

Tiada ulasan: